21 March 2010

Makan-makan di Memori Corner

Pada minggu lepas, kami sekeluarga ke Memori Corner untuk mencuba masakan restoran tersebut. Terlewat pula membuat post ini kerana gambar baru dimuat turun dari handphone.

Memori Corner ini terletak di Taman Melawati, iaitu ditepi MRR2. Ia sebelum kedai satey Kajang Shamuri. Konsep kedai ini ialah kopitiam. Restoran ini terbahagi kepada 2 ruang iaitu ruang berhawa dingin dan berkipas. Ruangan berkipas sesuai untuk kaki perokok (seperti aku) kerana ia adalah terbuka.

Design restoran ini cukup cantik dan unit. Hiasan pokok durian dan rambutan mencuri perhatian aku. Kerusi dan meja pula mempunyai beberapa jenis seperti klasik dan moden. Dinding restoran pula dihiasi dengan kartun dan juga peralatan trasional.


Dari segi makanan, terdapat pelbagai jenis makanan kopiam. Malam tersebut aku mencuba nasi dan kari ayam. Rasanya cukup sedap kerana kuah karinya cukup pekat. Mungkin kunjungan lain nanti, aku boleh mencuba makanan lain.

Secara keseluruhannya, Memori Corner sama seperti dengan Old Town, Bangi Kopitian atau kopitiam yang lain. Ia merangkumi jenis makanan, harga dan perkhidmatan.


EmoticonEmoticon