21 March 2010

Hari tanpa plastik setiap Sabtu

Semalam aku ke SpeedMart 99 di bawah rumah aku. Aku beli sedikit barangan rumah. Ketika membayar di kauter, aku dimaklumkan SpeedMart 99 menyokong hari tanpa plastik yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor. Oleh itu, pelanggan digalakkan membawa beg sendiri atau plastik akan dikenakan bayaran 20sen satu.

Aku pernah tahu tentang kempen ini dan telah lama dipaparkan oleh SpeedMart tetapi aku belum pernah membeli di SpeedMart pada hari Sabtu. Dan juga cawangan SpeedMart di rumah ialah di Wilayah Persekutuan.

Jadinya semalam, aku beli beberapa jenis barang dan terdapat besar dan kecil. Nasib baik barang-barang kecil dia masukkan kedalam plastik dan besar seperti beras 10kg terpaksa aku pegang. Terpikir juga jika barang yang aku beli lebih banyak, mesti tidak termampu aku nak mengangkutnya.

Kempen ini adalah baik tetapi jika pelanggan belum bersedia akan menjadi masalah. Mungkin warga tua atau kanak-kanak tidak boleh membawanya. Begitu juga sekiranya jarak yang jauh atau terpaksa memanjat tangga yang tinggi.

Oleh itu kempen perlu diteruskan memastikan semua maklum tentang perkara ini. Bayangkan jika semua pengguna tidak membeli barangan pada hari Sabtu kerana malas nak membawa barangan dengan tangan. Sedangkan beg istimewa untuk membawa barangan sendiri perlu dibeli. Ini menjadi beban kepada pengguna.

Apa pendapat korang tentang perkara ini?


EmoticonEmoticon