15 March 2010

Bina web 4PSMWP

Aku ditugaskan untuk membina laman web rasmi Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Malaysia. Semenjak aku selesai mendaftarkan domain dan hosting, aku hanya tumpukan dalam membina laman web tersebut. Konsep koprat berwarna ungu menyukarkan aku untuk mendapatkan template yang sesuai.

Untuk makluman, aku menggunakan CMS Joomla untuk membina laman web 4PSMWP. Telah beberapa hari aku cuba mendapatkan template dan componen tetapi banyak yang tidak berjaya. Seperti ada masalah dengan sistem Joomla yang aku install. Bukan sahaja kepada template malah kepada kompenen juga. Agak penat aku melayan laman web ini.

Akhirnya, aku berpendapat web ini perlu diinstall kembali kerana ia tidak berfungsi sepenuhnya. Mungkin masalah teknikal semasa proses upload fail ke hosting. Adalah memakan masa membuat proses upload kerana jumlah fail CMS Joomla yang banyak. Setelah beberapa hari membuat sutingan, nampaknya ia sia-sia. Segala perkembangan terkini, akan dimaklumkan semudian...


EmoticonEmoticon