02 February 2010

Trip to Sarawak - Day 3

Hari terakhir kami di Sarawak di mulakan dengan sarapan pagi di kedai Mamak perkena nasi bukhari. Nasi bukhari memang best tetapi perlu diingat. Hidangan nasinya satu pinggan untuk 3 orang makan kerana banyak!

Setelah bersarapan, kami ke Muzium Kucing untuk melawat. Stadium ini hanya memamparkan semua tentang kucing. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang kucing, koleksi berkaitan kucing dan gambar-gambar kucing.


Setelah selesai, kami ke Main Bazar untuk membeli-belah apa-apa yang sesuai untuk kali terakhir sebelum pulang. Kemudian, kami kembali ke hotel untuk proses check out.

Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, kami sempat singgah di Pasaraya The Spring, Kucing untuk melihat-lihat. Kami sempat makan tengah hari di situ.

Akhirnya kami selamat tiba ke Kuala Lumpur pada petang tersebut. Rate Parking kereta untuk hari Sabtu hingga Isnin ialah RM 92.00. Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan perjalanan kami sepanjang berada di Sarawak.


EmoticonEmoticon