Trip to Sarawak - Day 2

Hari kedua trip kami bermula dengan sarapan pagi di Petra Jaya iaitu perjalanan ke Pekan Sarikin. Perjalanan memakan masa 1 jam itu agak memenatkan tetapi berbaloi untuk ke sana. Sempanan antara Sarawak dengan Indonesia itu dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Semasa membeli, pastikan anda beringat-ringat kerana semasa perjalanan pulang terdapat pihak kastam yang akan memeriksa kenderaan anda.


Setelah selesai aktiviti membeli belah di Pasar Serikin, kami seinggah sebentar di Gua Angin. Kami hanya singgah di kawasan luar sahaja. Kami dimaklumkan untuk ke gua tersebut, kami perlu berjalan selama 1 jam untuk sampai ke gua.

Kami juga sempat singgah di Tasik Biru untuk bergambar. Ia merupakan bekas lombong emas dan sekarang menjadi kawasan pelancongan.

Semasa perjalanan pulang juga, kami singgah di kedai jualan pasu Sarawak. Terdapat pelbagai pilihan pasu untuk dijadikan kenang-kenangan. Kami juga boleh melihat dan mencuba proses pembuatan pasu dibuat.

Kami seterusnya singgah di Main Bazar untuk melihat barang-barang jualan yang terletak di Water Front. Pelbagai barangan dijual di sini dan kebanyakkan adalah barangan pelancongan untuk dijadikan barangan kenang-kenangan. Setelah selesai, kami kembali ke hotel.

Pada malam tersebut, kami ke Kedai kek lapis Dayang Salhah. Terdapat pelbagai pilihan kek lapis dengan pelbagai perasa. Harga juga lebih murah berbanding harga pasaran. Apa yang menarik di kedai kek ini ialah anda boleh mencuba pelbagai kek lapis sebelum membelinya di ruang tamu kedai/rumahnya.

Kemudianya, kami ke kedai makan untuk makan malam. Kedai tersebut unik dan klasik. Lupa plak nama kedai tersebut.... apa yek? Nasi ayam penyek di situ sungguh sedap! Selesai makan, kami kembali ke hotel.
Previous
Next Post »