05 February 2010

Tips Merangsang Suami

* Anda tidak perlu meluahkan keinginan untuk 'bersama' sebaliknya gunakan pendekatan psikologi dan bahasa badan yang mampu merangsang seks suami. Hanya dengan bentuk layanan mesra anda, suami mampu memahami hasrat mahupun keinginan anda.


* Fahami kesukaan suami anda.Jadikan kegemaran atau kesukaan suami anda sebagai 'umpan' untuk memikatnya sekali gus melayari malam anda dengan penuh nikmat. Misalnya jika suami anda suka melihat anda berpakaian seksi ketika di kamar tidur, lakukanlah untuknya tanpa rasa malu.


* Kata orang masakan isteri mampu memikat hati suami. Gunakanlah kesempatan itu untuk menyediakan juadah yang enak untuk suami agar si suami bersedia melayan anda dengan sebaik mungkin.


* Jangan memperkatakan sesuatu yang mematikan mood suami anda di meja makan. Misalnya mengatakan sesuatu yang boleh menyebabkan si suami merasa runsing atau kecewa dengan berita yang anda sampaikan. Sebaik-baiknya temanlah suami anda di meja makan dan berbual-buallah dengannya tentang perkara yang menyeronokkan. Sekali sekala suapkan suami anda dengan tangan anda agar suami dapat merasai keintiman hubungan antara anda berdua.


* Pastikan kamar tidur anda diselubungi dengan bau-bauan yang boleh merangsang seks suami anda. Dalam masa yang sama, pastikan cadar yang anda gunakan ditukar dengan cadar yang lebih selesa dan bukannya cadar yang boleh mengganggu hubungan seksual anda dek kerana rasa panas, 'miang' atau pun licin. Hiasi kamar tidur anda dengan warna warni yang samar yab boleh mengundang situasi yang menarik.


* Jika boleh anda terlebih dahulu menunggu suami anda di kamar tidur dan tidak membiarkannya naik ke kamar tidur berseorangan.


* Jika anda sudah mempunyai anak, pastikan terlebih dahulu anak-anak anda tidur di bilik yang berasingan dan mereka tidur awal.


* Sebaik-baiknya hadapkan muka anda ke arah suami dan tidak membelakangkannya. Lebih romantik jika anda menjadikan lengan suami anda sebagai bantal! Peluklah suami anda dengan erat agar dia dapat merasai kehangatan pelukan anda.


* Pakailah wangi-wangian di badan anda agar ia bukan sahaja menyenangkan suami tetapi mampu merangsang seksual suami anda.


* Bukan sahaja suami, isteri juga harus tahu 'titik-titik' utama untuk merangsang seksual suami. Belailah rambut suami anda sebagai satu permulaan! Dan seterusnya anda mungkin lebih tahu untuk meneruskannya...

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com

3 comments:

  1. alamak naper gelap gelita jer ni? sakit mata nak baca hehehe

    ReplyDelete
  2. sorry la td sedara tomyam.. dalam kelambu.. skrg dah keluar kelambu..
    thanks komen anda

    ReplyDelete
  3. mentang2 le topik ni...background pun gelap..hehehe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon