Restoran Kasih Bonda, Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Malam tadi aku sekeluarga makan malam di Restoran Kasih Bonda, Setapak Jaya. Ia hanya berhampiran dengan rumah aku. Walaupun sebelum ini aku selalu melaluinya tetapi tidak pernah ingin mencuba restoran tersebut. Sehingga semalam apabila melaluinya, aku agak terkejut dengan perkembangan kedai tersebut. Suasana kedai tersebut makin ceria dan pengunjung semakin ramai. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk mencubanya.

Sememangnya berbaloi mencuba Restoran Kasih Bonda kerana masakan memuaskan. Ia juga menjual roti canai dan kami langsung tidak menyedarinya sehingga singgah malam tadi. Kami membuat pesanan nasi goreng undang dan Koew Teow Kung Fu dan roti canai kosong. Masakan baik dan sedap. Lebih mengejutkan roti canainya sungguh lembut dan rasanya enak. Anda juga perlu mencuba Tea C Specialnya (3 layer) yang sungguh berlainan rasanya berbanding kedai-kedai lain.

Hiasan kedai ini juga menarik. Ia berkongsepkan tradisional yang mana setiap hiasan bercirikan tradisional. Antaranya lampu, dinding, hiasan dan lain-lain.

Kepada anda yang mungkin melalui kawasan ini, boleh singgah untuk mencuba.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
~ ALIEN ~
AUTHOR
17 March, 2010 12:15 delete

hehehe...tmpat aku slalu lunch time praktikal kat area tu dulu. BEST...\(^_^)/

Reply
avatar
sop
AUTHOR
17 March, 2010 13:20 delete

last week pergi, kureng sedap sikit la masakan panas. may be tukang masak dah bertukar.. ikss

Reply
avatar