Laman sosial MalaysiaRia.ning.com

Pernah dengar NING.COM? Tapak laman web untuk membina laman sosial secara percuma? Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan NING.COM ini. Ia mudah untuk disetup dan sesuai untuk membina segala laman sosial.

Aku pernah tahu tentang NING.COM tetapi tidak pernah mencuba untuk membina laman sosial melaluinya. Aku lebih suka menggunakan Open Source Script seperti Dolphin, Elgg, Pligg, dan terakhir ialah Joomla. Namun begitu, script begini memerlukan host untuk laman web anda. Berbeza dengan NING.COM, anda tidak perlu untuk menyewa hosting kerana ia disediakan secara percuma sama seperti Blogspot.

Laman sosial terbaru aku sertai berasaskan NING.COM ialah http://MalaysiaRia.ning.com. Jumlah ahlinya melebihi seribu orang dan terdapat beberapa ahli yang begitu aktif menyumbang artikel. Dengan moto "Martabatkan Bangsa Dengan Ilmu", pelbagai artikel boleh didapati di laman web ini. Malah, boleh dikatakan setiap hari ada post baru diruangan forum. Seperti laman sosial yang lain, MalaysiaRia juga memiliki beberapa ruangan seperti Photo, Forum, Islamic, Hiburan, Acara dan Permainan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MalaysiaRia, sila lawat http://malaysiaria.ning.com/
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
08 February, 2010 07:43 delete

Assalamualaikum bro gnesop..
Terima kasih berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi memperkenalkan website malaysiaria kat sini. Semoga malaysiaria itu menjadi malaysiaria kita bersama. Kita adalah satu keluarga dalam 'memartabatkan bangsa dengan ilmu'. Semoga urusan itu dipermudahkan untuk kita..

Terima kasih sekali lagi broo..
Salam muhibbah..
ZamZam Jarkaseh.

Reply
avatar
sop
AUTHOR
08 February, 2010 12:16 delete

Sama-sama bro Zam
Aku pun suka dengan MalaysiaRia kerana ahlinya begitu aktif berkongsi artikel

Reply
avatar
11 February, 2010 02:18 delete

www.gnesop.com
Berbangga ada rakan tempatan yang mahir dengan IT ni. Semoga satu masa nanti rakyat Malaysia boleh muncul dengan satu hasil yang membanggakan. Awalnya, rakyat malaysia kena berjinak-jinak dengan IT dulu. Bak kata, nak lari kena belajar berjalan dahulu. Kemudian belajar berlari, kemudian belajar mendahului orang lain. Kalau pun tidak mendahului secara menyeluruh, diharapkan ada bahagian-bahagian yang boleh rakyat malaysia dahului. Ok bro, assalamualaikum bro..

Salam persaudaraan..
ZamZam Jarkaseh

Reply
avatar
sop
AUTHOR
11 February, 2010 14:33 delete

salam 1 Malaysia
terima kasih atas komen yg membina

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
10 April, 2010 13:29 delete

Salam
kemana menghilang..,dah lama tak muncul dalam msiaria nie..?

Reply
avatar
sop
AUTHOR
10 April, 2010 22:05 delete

Salam Anonymous, maaf kerana lama tidak melawat msia. agak kesibukan dengan tugasan. Akan melawat jika mempunyai kelapangan...

Reply
avatar