30 January 2010

Pulangkan W1max!

Semalam, aku pulangkan W1max aku setelah 3 hari mencuba. Aku terpaksa akui yang kawasan rumah aku belum mendapat liputan terbaik. Setelah terpusing-pusing mencari Jalan Templer, Petaling Jaya, akhirnya aku selamat sampai. Mulanya aku menggunakan Google Maps untuk ke P1 Wimax HQ, rupanya tagging maps tersebut salah. Punyalah aku sesat barat. Rupanya dari Lebuhraya Persekutuan, memang boleh nampak bangunan P1 Wimax. Iklannya satu bangunan!

Proses pemulangan sungguh mudah, ambil nombor dan ke kauter apabila dipanggil. Isi borang, dan pulangkan modem. Anda akan menerima kembali bayaran RM 100 anda dengan cek. Semasa menunggu nombor dipanggil, sempat menggunakan P1 Wimax di tepi kaunter yang khas untuk percubaan. Memang superb! Laju yang teramat. Laptop yang aku guna tu menggunakan Wiggy tetapi laju tak usah nak kata. Kalau boleh dapat kelajuan cam tu masa kat rumah aku, pasti aku terus jer menggunakan Wimax tetapi tidak!

Akhirnya, perlulah aku menunggu Wimax boleh terpantas di rumah aku nanti!!!


EmoticonEmoticon