Kuiz - Gadis yang diciptakan untukmu

Sejauh mana ikhlasnya gadis pada anda? Cukup dalamkah kejujurannya untuk bersama anda sehingga ke akhir hayat? Kuiz di bawah ini dapat membantu anda dalam menilai sama ada gadis pujaan anda itu ikhlas dalam menjalin hubungan cinta atau sebaliknya. Cubalah kuiz ini:

1. Anda pernah meminta pandangan dari keluarga / rakan mengenai gadis pilihan anda itu?

a) Ya, kerana saya memang serius untuk melamarnya nanti.
b) Tidak. Saya sedia tahu yang dia hanya milik saya. Buat apa nak tanya orang lain.

2. Reaksi anda bila ada individu yang bertanya mengenai si dia?

a) Tak kisah. Tapi saya lebih suka cakap hal lain berbanding hal awek.
b) Tiba-tiba jantung saya terasa berdebar-debar.

3. Pujian kawan-kawan mengenai korang?

a) "Bagai pinang dibelah dua"
b) "Korang ni memang sekepalalah"

4. Jika kasih anda berakhir. Apa yang dikesalkan?

a) Buang masa je couple!
b) Kamu rasa 'kosong' dari senyum dan tawanya.

5. Apa rasanya bila dapat luang masa bersama?

a) Macam biasa je sebab kita orang memang selalu dating.
b) Hmm.. menarik kot. Ada saja topik baru yang kita orang bincangkan.

6. Gadis cantik ajak anda keluar sama. Tindakan anda?

a) Apa salahnya. Mahu juga tengok gadis lain selain awek sendiri. Lelaki beb!
b) ' Boo layan' jelah. Dah ada awek. Tak kan nak pasang lain kot?

7. Mana satu yang pilihan anda?

a) Tidak mempunai pasangan hidup.
b) Terus saja dengan hubungan lama walau menyakitkan hati!


Kalau banyak A
Anda seakan masih lagi tidak bersedia untuk memulakan hubungan anda dengan si gadis itu dengan lebih matang dan serius. Senang cerita, situasi cinta anda ini lebih kepada cinta yang 'suka-suka saja.'

Kalau banyak B
Ya! Dia adalah teman sehidup sematimu. Ops, tapi janganlah pula terlalu excited kerana kuiz ini bukanlah kayu pengukur sebenar terhadap hubungan cinta anda. Jagalah ia dengan penuh kasih okay!
Previous
Next Post »