20 July 2009

Pendapatan Google Adsense

Pendapatan adsense aku kebelakangan ini agak berkesan yang mana tiap-tiap hari ada yang klik pada iklan. Ini adalah percubaan terbaru aku untuk cuba mendapatkan pendapatan daripada pengiklanan.


Nampaknya ada peningkatan dan berkembangan. Apabila lihat pada livefeed, menang bloh aku tersebut dilawati oleh dari pelbagai negera dan ianya datang dari enjin carian. Ini memberi lebih semangat untuk aku terus mempertingkatkan blog tersebut.

Hasil dari kajian tersebut, dapat aku buat beberapa kesimpulan hasil kejayaan tersebut:
1. Articles bahasa Inggeris adalah isi yang terbaik untuk website. Ia lebih global dan menyeluruh. Dan jika dikaji dari segi adsense, iklan juga kebanyakkan di geo mengikut negara dan artikel. Oleh itu, artikel ditulis bahasa inggeris lebih baik.

2. Menggunakan template blog/web yang mesra SEO. Terdapat juga template atau web yang tidak mesra SEO. Sebelum ini aku pernah menggunakan 1 template blog yang cantik dan hebat. Namun begitu, tetiba tiada pelawat langsung datang ke blog aku. Bila aku check dari web yang aku download template tersebut didapati ramai yang menggunakan template tersebut mengadu perkara yang sama. Dari situ aku sedar, cantik, hebat tidak mencukupi untuk menjadi web yang baik melainkan domain anda telah dibookmark oleh ramai.

3. Articles yang menarik dan berkesan akan memberi peluang untuk pengunjung untuk hadir kembali ke blog/web anda.

4. Rajin-rajin tinggalkan back link ke blog orang lain. Jika melawat blog atau web, sila tinggalkan komen atau mesej TAPI BUKAN SCAM. Biasa nya komen kita akan ditinggalkan bersama link. Biasa jika komen atau idea yang anda tingggalkan baik, pelawat atau owner akan ke web anda untuk mengenali anda. Aku sentiasa menjadi follower blog orang..

5. Meletakkan iklan di ruangan yang sesuai. Aku pernah terbaca cara-cara terbaik untuk meletakkan iklan. Paling baik ialah dibawah topik atau tajuk. Setetangah artikel memaklumkan link artikel perlu disetup sesuai dengan warna blog supaya ia dapat menajdi sebahagian dari blog. Dengan itu, pengunjung tidak pasti ianya iklan atau link blog anda.

Setakat ini yang aku buat kajian melalui blog aku. Namun begitu dari sumber lain masih banyak. Aku ada baca tentang menggunakan twitter, YM, youtube dan lain-lain social networking tetapi aku tidak berani untuk bercerita kerana belum mencubanya lagi.

Selamat berjaya..

5 comments:

  1. Salam,

    Terima kasih atas info saudara.. boleh saya tahu macam mana nak daftar adsense dan sebagainya itu? memang lumayankah?

    SEO tu apa? patutlah saya pernah cuba theme, dan ada yang begitu lambat dan kadar pengunjung juga kurang. Mohon penjelasan SEO itu ya.

    ReplyDelete
  2. Untuk mendaftar, sila lawat www.google.com/adsense
    pastikan laman web anda berbahasa inggeris untuk memudahkan permohonan anda diluluskan. ini adalah syarat utama.

    Lumayan? terdapat web yang popular mendapat pendapatan beribu2 sebulan. bagi yang amatur cam aku, boleh dapat beberapa sen 1 hari kira ok sesangat. pada awal2 nya aku memang susah nak dapat, sebulan pun belum tentu dapat sebarang pendapatan. key utama ialah jumlah pelawat web anda. lagi ramai, ragi besar kemungkinan link anda akan di klik.

    SEO=Search engine optimization
    yng mana web disetup mesra dengan injin pencarian seperti google, yahoo dan sebagainya. Jika template yang baik, result pencarian akan memamparkan web anda dimuka hadapan. pelawat mungkin akan melawat web anda.
    terdapat banyak topik yang membincangkan tentang SEO dan cara2 yang boleh kita lakukan untuk pastikan web kita mesra SEO

    ReplyDelete
  3. Bagi web atau blog berbahasa melayu, pendapatan pengiklanan boleh juga melalui pengiklan nuffnang atau Qwik. Nuffnang memang terbukti memberi pendapatan lumayan dan ramai yang telah berjaya. Contoh www.redmummy.com
    Bagi Qwik, belum dapat cerita yang berjaya. Masih baru dan pengiklan masih kurang. Tetapi masih boleh mencuba.

    ReplyDelete
  4. Sekarang pun dah boleh blig berbahasa Melayu yang diapprove oleh google adsense.

    Ini kena banyak cari sumber-sumber yang sahih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh lulus bg blog BM mmg bgs tu
      skrg ni iklan blog BM telah keluar tanpa masalah :)

      Delete


EmoticonEmoticon