03 July 2009

Hotel Bidara Puteri Beach Resort, Melaka

Pada 1 hingga 3 Julai 2009 aku mempunyai mesyuarat di Bidara Puteri Beach Resort. Hotel ini merupakan hotel apartment di tepi pantai yang mana lokasi amat baik. Hanya perlu menyeberangi jalan untuk ke pantai.

Di hotel beberapa kemudahan di sediakan seperti kolam mandi, tempat permaianan kanak-kanak dan servis WIFI di ruang lobi. Ruang bilik apartmet juga agak luas dan selesa. Ruang apartment tersedia dapur dan ruang menonton. Terdapat 3 jenis bilik apartment di sini iaitu apartment 2 bilik, 3 bilik dan studio. Harga juga berpatutan iaitu studio RM 150 semalan, apartment 2 bilik rm 250 dan apartment 3 bilik RM400. Harga bagi hari minggu akan meningkat sebanyak RM 30 ringgit.

Dari segi makan, sama seperti hotel 3 star yang lain. Makanan mengikut tahap pakej kerajaan.

Kemudahan di hotel ini agak biasa dan kurang dijaga dari segi keindahan bangunan. Laluan ke bilik apartmnet kelihatan agak kotor dan cat bangunan juga kelihatan lama. Pihak hotel perlu menjaga hotel ini dengan lebih baik. Agak rugi jika hotel yg cantik dan strategik ini dibiarkan tidak diurus dengan baik. kesan kepada pihak hotel juga.








3 comments:

  1. boleh tahan hotel nie, nanti leh aku try...

    ReplyDelete
  2. boleh tahan tetapi maintenance hotel kurang baik.

    ReplyDelete
  3. Sekarang dah jadi hotel berhantu.. seribu kali sayang, ianya ditinggalkan begitu saja..x tau apa puncanya🤔🤔🤔

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon