25 June 2009

Akaun Yahoo Tak Boleh Akses


Apa masalahnya aku tidak pasti, tetiba sahaja akaun yahoo aku tidak boleh akses. Bukan itu sahaja, yahoo groups yang aku bina juga tidak lagi berfungsi. Walhal akaun aku masih aktif dan dalam bulan ini ada aku log in. Adakah akaun aku telah disekat?

Aku telah cuba emelkan kepada customer care yahoo mengenai perkara ini dan masih belum dibalas. Adalah sayang jika emel aku tidak lagi berfungsi kerana ramai rakan-rakan yang menghantar emel menggunakan alamat tersebut. Walaupun jarang aku menggunakan emel yahoo untuk menerima emel tetapi senarai YM masih menggunakan ID tersebut. Untuk makluman, untuk memerima emel, aku gemar menggunakan akaun gmail.com.


EmoticonEmoticon