22 March 2009

Hotel Tabung Haji, Sabah

Lawatan ini telah aku pergi pada 2 minggu lepas. Oleh kerana kesibukan kerja pejabat dan rumah, aku tidak sempat untuk transfer gambar dari HP aku ke laptop.

Rombongan ini adalah untuk bekerja sambil berehat. Semua unit aku pergi bersama-beberapa ahli yang berkaitan.


Kami tinggal di Kompleks Tabung Haji di Sabah atau Hotel Tabung Haji. Hanya RM 90.00 sebilik satu malam. Setiap bilik dilengkapi 3 buah katil. Amat selesa kerana kelengkapan bilik bertaraf hotel 3 bintang. Oleh itu, jika anda ke Sabah, boleh hubungi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.

Namun begitu, kedudukannya agak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu. Kira-kira 5 km dari hotel. Untuk ke pusat bandar, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi. Hanya RM 10 sebuah teksi dari hotel ke pusat bandar.


Di tinggat 1 di hotel berkenaan, terdapat cafateria untuk anda menjamu selera jika anda tidak mahu makan di luar. Di tingkat bawah, terdapat sebuah kedai runcit untuk anda membeli makanan ringan.

6 comments:

  1. Assalamualaikum, may i know the Tabung Haji Hotel's telephone Number? please email me the number, thank u

    cute.wife@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
    Kompleks Tabung Haji Sabah, Jalan Sembulan,
    Peti Surat 12908, 88832 Kota Kinabalu
    Tel : 088 - 258 906 / 244 893
    Fax : 088 - 221 758

    Laman web: http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THHubungiKompleks.htm

    ReplyDelete
  3. salam...saya akan ke sabah pd 29 march ni n berminat menginap di kompleks tabung haji nih tapi banyak kali dah call tp x berangkat...mcmane ye....

    ReplyDelete
  4. kak ja cuba hubungi Tabung Haji Kuala Lumpur. Mungkin mereka boleh bantu

    ReplyDelete
  5. kami akan ke hotel th 20 hb ni tuk pertandingan nasyid peringkat negeri

    ReplyDelete
  6. @Anonymous, selamat ke Sabah. Semoga mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon