03 March 2009

Bina blog baru


Minggu ini aku selesai bina blog yang baru. Buka menggantikan blog ini, tetapi untuk menggantikan website aku yang domain telah di blok (mykomuniti.com) baru 2 tahun web aku bertapak, dah ada hacker yang memusnahkan domain aku. Dalam banyak-banyak domain kat dunia ini, domain aku juga di guna.. kenapa? Iks... (sedih..)

Oleh itu, aku bina satu blog untuk berkongsi artikel tentang apa sahaja mengikut kategori. Sebelum ini, website aku pun pengunjung lebih berminat untuk dapatkan artikel daripada menyertai komuniti aku.

Mulanya aku ingat nak membina web yang beru berbentuk perkongsian artikel. Apabila mencari script yang sesuai, dan kaji sikit-sikit mengenai keberkesanannya, aku rasa baik aku guna sahaja flatform blogspot. Dengan percuma dan result pencarian google lebih baik. Jika aku bina website, aku percaya post juga akan datang dari aku sendiri. Apa yang perlu, aku dapatkan 1 domain, dan setup domain di atas blogspot. Kos yang perlu aku tampung hanya untuk domain. Malah aku tak perlu risau pasal bandwith, host down dan sebagainya.

Dengan itu, aku pun mula setup blog aku dan diberikan nama Post & Share Articles. Buat masa ini, aku masih belum berpuashati sepenuhnya dari segi template, susunan, dan beberapa aspek lain. Untuk beri cadangan, sila layari http://post-share.blogspot.com/


EmoticonEmoticon